KOLEJ
Alhamdulillah, permohonan kolejku telah 'BERJAYA'.. tapi kena pindah sektor lagi iaitu sektor B walaupun dalam sistem aku berjaya dapat kolej sektor C.huhuhu KENAPA? sebab gatal sangat aku join brass band, kan dapat 1 wing dengan budak-budak band juga...PADAN MUKA! Aduyai, mesti dapat tingkat atas2 ni... dah la tinggi tangga sektor B ni... Termengah-mengah aku nak mendaki nanti... Sabar jelah.. Ingat 'Think positive'- Ko boleh exercise n kurus taw!!! hehehe.
RESULT
Result part 2 so far Alhamdulillah, ramai kawanku yang lulus! Well Done Babe! Korang Awesome! Tahniah juga kepada yang DL... Kepada yang xDL tetap tahniah juga kerana korg dh lulus dan boleh sambung sem.. Apa yang penting??? NO REPEAT PAPER!!!! yay! Sekurang-kurangnya kita dah cuba dan masih boleh baiki kelemahan kita dalam pelajaran untuk lebih berjaya kelak. Tip- 'USAHA, DOA, TAWAKAL= BERJAYA'. Semuanya kena seimbang. Insya-Allah, berkat rezeki daripada Allah kita boleh capai. Hanya Allah yang boleh tentukan... Kita kena redha dengan kehendak-NYA.
SELANGKAH ke SEM BARU
Sekarang boleh kata 40% la aku dah siap packing, malam ni maybe nak beli barang-barang kolej - makanan, buku syampu dan lain lain. Esok pagi nak register kolej dah. Eeeeeeeeee malas siod! Tiba-tiba aku rasa cuti tak cukup haha. Honestly, rasa takut nak masuk semester 3 ni sebab makin tough, pengalaman seniors dulu, pehh busy gila hidup masing-masing. Semester 4 jangan cakap lah. Tapi aku harap kita semua boleh, belasahhhhhh dan try & study smart. Kan?
Satu lagi, aku harap misi aku nak berjimat-cermat dan mengurankan berat badan untuk semester baru ni terlaksana la. Study smart n hard too... Naikkan CGPA lagi.. CHAIYOK3!!!-.-