Loyal Followers

20110410

HARAM,Buang tahi lalat untuk CANTIK...

Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah Maha Berkuasa menjadikan berbilion manusia dengan berbeza wajah. Wajah adalah salah satu identiti manusia.
Semua manusia suka akan kecantikan. Hingga ada yang sanggup untuk melakukan apa saja untuk kelihatan cantik walau dengan cara yang dilarang Islam.
Kebiasaannya, di wajah manusia terdapat bintik-bintik hitam seakan-akan tahi lalat seperti sejenis penyakit kulit. Salah satu cara untuk merawatnya adalah dengan membuangnya dari kulit tanpa mendatangkan kemudaratan kepada wajah.
Namun, hukumnya haram jika membuang bintik-bintik hitam itu hingga mendatangkan kemudaratan memandangkan wajah adalah bahagian sensitif. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan anda kepada sesuatu yang diharamkan ke atas anda". (Sahih Al-Bukhari)
Namun, seandainya tahi lalat itu terlalu banyak di muka sehingga mendatangkan aib, maka diharuskan untuk membuangnya.
Sekiranya seseorang itu berhajat membuang tahi lalat dengan tujuan untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya juga haram kerana ia termasuk dalam konteks mengubah ciptaan Allah yang asal .
Kita hendaklah rasa bersyukur dgn keadaan diri kita yang sempurna ini... Janganlah kita ubah ciptaan-Nya, Allah telah menciptakan kita sebaik-baiknya... Amalkan amar ma'aruf nahi mungkar...:)

20110401

Fool-Fool Day

Salam 1 blogger.
Bukak mata tutup mata! Emm pejam celik pejam celik,.Alhamdulillah masih tercelik lagi n dipanjangkan umur lagi ye... Hah, esok da bulan APRIL.  Cepat betul kan... Aduh, FINAL EXAM pun dh dekat ni! Dh ready ke??? oit,msti la xlagi...! Rajin2 ye study awal2 ye kwan...  hehe Woot woot,kwn2!  Ble da bulan april ni apa yang korang fikirkn? hehe HAH, APRIL FOOL kan.. hehe  Time ni korg nak kenekan kwn2 korg 2.... bagi sape yg t'lbh nakal la kan... JOM, sambut APRIL FOOL!!!  xmcm ilabell ni, memang tak buat. pernah terkena adalah.geram betul tp syok gk! hahaha nak tau tak sejarah April Fool ni... Meh cni ilabell nak share sedikit ilmu... t'baca atikel kt laman web.... kalau salah,silalah tokok-tambah n btl2 la kan ye kwn2....
April Fool ini diwujudkan oleh musuh Islam yang mana tarikhnya bertepatan dengan hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol pada zaman pemerintahan Kerajaan Granada iaitu pada tahun 1492 di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille. 400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand. Abu 'abd-Allah Muhammad iaitu Raja Granada pada masa itu ditawarkan dengan perjanjian yang dinamakan 'Perjanjian Granada' antara kandungannya Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid. Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam, mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada. Terpedaya dengan janji-janji ini serta ditambah dengan golongan muslim yang mengkhianati bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu.Tahun 1499, perjanjian itu diingkari, Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan, rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi, tanda mereka bukan lagi Islam. Inkuisi Sepanyol dimulakan, sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.  Kesimpulannya kita sebagai umat Islam janganlah sampai tergadai agama kita, jika kita berpegang Al-Quran dan As-Sunnah kita pasti akan dapat mengangkat martabat bangsa, agama dan negara kita kerana ini telah dijanjikan Allah didalam al-Quran. Tentang benarkah Hari April Fool ini bersamaan dengan peristiwa diatas.. ia dapat jelaskan dari sudut fakta dan sejarah, iaitu April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492. Jadi ianya tidaklah benar tapi mungkin ada yang tidak ketahui. Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur-unsur tipu helah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturrahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam.. 
Wallahua'lam...
Semoga kita2 semua  mengambil iktibar atas kejadian tersebut & selepas anda semua baca ni jangan selalu mengamalkan sambutan April Fools ye... 2kar cara sambut dgn lebih baik lagi... Jangan niat jahat nak kenakan org je tw... ENJOY YOUR DAY!!!