Loyal Followers

20130313

Dian'z Vitamin C & E + Whitening Collagen


JANGAN LUPA KLIK LIKE N SHARE :)


1.     Vitamin C & E  berapa harga ? cara makan ?
RM80.00 SEMENANJUNG / RM85 SABA SARAWAK TIDAK TERMASUK POS .  ambil satu biji selepas sarapan dan 1 biji sebelum tidur. Jika anda ada gastric makan 1 biji selepas sarapan sahaja.sebotol 60biji untuk sebulan untuk order klik sini 

2.     Vitamin C & E selamat ? halal ? dan ada pengesahan KKM?
Yea , pasti halal, product bumiputra dan di buat di kilang bertaraf GMP yang di luluskan oleh kementerian kesihatan

3. Vit C & E sebenar nya untuk apa?
: untuk memutihkan kulit,mengurangkan dan menghapuskan parut jerawat dan jeragat,menbantu pertumbuhan sel baru..

4.     kalau kita stop ambil vit C & E ni.adakah ada efek buruk ?n apa akan terjadi apa kulit kita?
:  kalau stop tidak akan beri kepada anda seperti jerawat atau jeragat .tetapi kulit yang putih dan bersih mungkin akan kembali kusam..sbb zat2 vitamin dalam badan telah berkurang..tnya knp diri anda.jika produk yg baik utk tubuh anda knp perlu berhenti ?

5.     Berapa lama untuk melihat kesan selepas ambil vit C & E ni ?
:   Depend atas metabolisme masing2.ada yang cepat ada yang lambat. Paling cepat 3hari.paling lambat 3bulan. So jgn baru makan sebulan dah give up ye




5 . boleh campur makan vitamin lain jika makan vitamin C & E ?
Tidak di galakkan jika ia adalah vitamin c + pure collagen + glutathione.sbb takut overdose.tetapi jika campur dengan vitamin garlic,ikan or vco tiada masalah Tapi kalau anda rasa anda cukup keperluan vitamin dalam badan anda, xperlu amik any supplemet lagi dah.

6.     Perlu ke pantang apa2 untuk ambil vitamin C & E ni ? seperti kafein,seafood?

 ya anda perlu elakkan kafien dan air karbonat utuk kesan yang lebih cepat tetapi anda bleh ambil seafood seperti biasa.vitamin ini mggunakan collagen ikan talapia. tidak meberi alahan kepada individu yang alahan seafood
  
7.     Vitamin C & E ni sesuai untuk semua peringkat umur ke?

·         Sesuai .sy syokan untuk wanita yang sudah balgih.. kalau belum baligh masih kanak2. Agak tidak sesuai.hormon pun masih muda remaja.. 16tahun dan ke atas.selalonya umur 40an da stat ada jeragat.stil blh makan.untuk pudar kan jeragat
  
8.     Vitamin C & E ni untuk muka je ke?
·      Vitamin C ni bertindak sama rata pada keseluruhan badan kita jgk. Vitamin c & e ini akan cair.dan akan salur melalui darah..mana mungkin darah pergi kt muka je kan ? Takkan muka kita je nak putih licin cantik berseri kan? Badan kita pun juga nak putih cantik berseri juga. Betol x?




9.     vitamin C & E  ni mengemukkan tak ?

·         Hoho kalau ia mengemukkan .SAYA org pertama yang cabut lari dulu. Hehe ia tidak mengemukkan. 

10.  mengandung dan menyusu boleh ambil ke vitamin C & E ni ?
: ye boleh utk ibu menyusu dan mengandung. Sbb sy sendiri mengadung sy makan dan sy n baby sihat tetapi jika anda ragu2..anda boleh bawa vitamin berjumpa doctor untuk kepastian.. keselamatan baby Adalah yang utama kan ?




11. Tengah berpantang boleh makan ke ?
: boleh tetapi pendpt sy tak galakkan.sbb anda makan bersama jamu yang panas..lada hitam.so habiskan pantang anda dulu..hanya 44 hari kan ? sabar la kejap .kelam kabut nak pergi mana ? hahaha,,

12.   MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan vit C & E ini ?

·          Iya, selamat dan disarankan untuk memakan vitamin ini kerana ia menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause.


13.    Waktu dating bulan (period) boleh makan vit c tak?

 : Datang bulan boleh ambil mcm biasa.tiada masalah


·         UNTUK ORDER dian'z vitamin C & E ?


Free postage!
COD: Area UiTM Melaka 

20121126

DUNIA

Assalamualaikum salam sejahtera 
Bismillahirrahmanirrahim coretan dimulai.

Maaflah, sudah bersarang blog Bicara Ilabell ni! Gara2 sibuk dengan keseronokan dunia juga. Lagi2 dunia ilmu perakaunan. Orang2 dulu2 panggil apa??? Dunia Al-Hisab @ ilmu kira2. Ok, stop it ilabell! 
Saya terbaca satu 1 blog ni  selepas solat maghrib tadi bercerita pasal hadis. Tertarik dengan hadis dan hasil blog ni saya share laa kat blog saya. Mohon sudi share ilmu ye tuan punya blog. :)



SI BLOGGER bercerita tentang Hadis ini, yang mana kata Rasulullah S.A.W, jika seorang bidadari syurga dibawa turun ke dunia, maka akan bercahaya-cahayalah bumi ini. Harumnya, oh... dari syurga hingga ke bumi baunya. Bahkan tambah Baginda S.A.W lagi, selendang wanita bidadari syurga sendiri adalah lebih bernilai, lebih indah, lebih cantik daripada dunia dan seisinya!


Subhanallah.

Makanya, saya terfikir dan terbayang.

Bagaimana agaknya Allah akan memperlakukan para wanita syurga, apabila nanti di dalam sana, mereka akan menjadi penghulu dan ketua kepada segala bidadari syurga.

Kerana membayangkan betapa indahnya syurga, saya teringat kembali kepada seekor bangkai anak kambing yang cacat. Bangkai yang ditemukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda dalam permusafiran.

"Apakah kamu mahu jika aku berikan kamu bangkai ini?", soal Rasulullah S.A.W. Sukar dijangka apa maksud Baginda.

"Wahai Rasulullah. Jika ia hidup pun aku tak mahu terima kerana kecacatannya. Inikan pula selepas ia jadi bangkai!", berkata sahabat Baginda. Spontan.

"Nah. Itulah dunia".

Hingga saya terfikir. Apakah sebenarnya yang saya bangga-banggakan atas dunia ini, yang saya kejar sepenuh hati, yang saya usahakan segenap tenaga. Adakah semata-mata untuk bangkai seekor anak kambing yang cacat ini?

Maka benarlah kata Imam Syafie, "Dunia ini ibarat bangkai. Yang mengejarnya hanyalah anjing".

Kita fokus dengan dunia hingga kita abaikan urusan akhirat. Solat berjemaah sesekala. Berasa puas pula dengan solat yang sendirian dan dikerjakan dalam akhir-akhir waktu.

Berasa cukup dengan belajar agama di sekolah rendah dan menengah sedang tak berasa jemu untuk sambung ijazah, sambung phD.

Berasa cukup dengan puasa Ramadhan, sedangkan tak berasa cukup dengan makan sepinggan.

Berasa cukup membaca Yassin saat ibubapa atau saudara meninggal, tapi tak berasa cukup membaca novel cinta, gosip, dan cerita sensasi artisan.

Berasa cukup ke masjid seminggu sekali, tapi tak berasa cukup ke padang bola dan panggung wayang.

Betullah, dunia ini tiada nilai.

Hanya jambatan yang menghubungkan negeri akhirat.

Hanya transit seketika, sebelum ke destinasi sebenar.

Maka, benarlah tafsiran Saidina Ali R.A terhadap apa yang kita doakan setiap hari sebagai 'fii dunya hasanah (kebaikan di dunia)'; iaitu kebaikan di dunia ialah memiliki isteri (pasangan) yang solehah.

Kerana cukuplah dunia ini terasa seperti di syurga, apabila memiliki seorang teman daripada jiwa yang mengajak dan berpimpinan ke Jannah!

Dunia,
Jangan perbudakkan aku.

Dunia,
Jangan perkudakan aku.

Dunia,
Jangan perbodohkan aku.

Kerna kamu bukanlah matlamatku!