Loyal Followers

20110201

Darurat di Mesir, selamatkanlah students Malaysia!


Gosip-gosip jugak, perkembangan semasa kena ambil tahu. Barulah orang kata kita nie tak hanya pandai bergosip. Tak gitu? Saya nak ajak anda semua doakan keselamatan pelajar dan rakyat Malaysia yang kini berada di Mesir. Semoga dipermudahkan urusan menghantar mereka pulang ke Malaysia.
Rasanya semua orang tahu apa yang sedang terjadi di Mesir. Malah ada perkhabaran kononnya ada rakyat Malaysia yang dirogol akibat kejadian banduan berjaya lari dari penjara. Kesahihan berita ini masih sedang cuba disahkan. Buat masa ini, kita doakan agar semuanya selamat belaka.
Untuk anda yang ingin mengetahui maklumat terkini tentang keadaan rakyat Malaysia di Mesir, sila Like Facebook Page Selamatkan Pelajar Kita Di Mesir dan lawati blog Krisis Mesir.


Hah, ini saya copypaste dari jomphp. BUSY tak dapat buat entry sendiri oppppsss,hikhikhik!  dan saya nak tekankan supaya CUKUP CUKUP LAH PASAL GOSIP ARTIS , saya mahu tahu nasib pelajar malaysia dia sana. pelissss ! bukak newspaper online malaysia, kes rita rudaini padahal kes student malaysia dekat mesir ni lagi haru :( sedih sangat baca notes dari ibu salah seorang student dekat mesir, miya wong. boleh baca kalau click ye T________T


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir
huru hara di mesir
Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat
Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.
Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 6000 banduan terlepas dari penjara
Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…6000 banduan telah terlepas dari penjara. 6000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas?
Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak
Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.
Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan
Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.
Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Bloggers seluruh Malaysia, take note!
Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blogKrisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
TwitterDyyaDizarch
BlogNadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia

7. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
8. Bacaan berguna
Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:
Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.
Yang ada Astro pun boleh tengok siaran Al-Jazeera. Sekian, entri khidmat masyarakat dari kami di JomPHP. dan Saya yang copypaste suka hatiku sahaja ingin sebarkn...sharing is caring...:)

p/s: Ya, Allah.  Engakau peliharalah kesejahteraan rakan2ku yg belajar di Mesir. Hilangkanlah kerisauan kami di sini. Semoga semuanya selamat belaka untuk rakyat kita di sana.  

20110130

Kata-kata Hikmah Org Hebat Islam

SAYIDINA ABU BAKAR :


1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”


SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.


SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hambaMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
3.Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.


UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dihalang.
2.Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3.Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2.Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.


IMAM AS SYAFIE :

1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2.Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.


IMAM MALIK :

1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.


IMAM ABU HANIFAH :

1. Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.


IMAM AHMAD :
  1. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.


SUFFIAN BIN UYAINAH :

1. Dua perkara yang susah sekali untuk mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5. Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

Sebahagian ulama’ salaf bermunajat seperti ini :
“Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kedurhakaan padaMu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaanMu, Engkau didurhakai manusia namun Engkau tetap melimpahkan pemberian dan rezeki, bagaikan Engkau tidak pernah marah pada mereka, wahai Tuhan kami.”




p/s: Kongsian bersama dr Love-Love Islam. Aku sgt2 tertarik utk mmbce artikle ni... coz ia dpt memberikan ilmu n motivasi kpd diriku n sahabat handai juga... Sejarah mampu memberikan teladan kpd kita utk jd lbh baik di masa hadapan... insya-Allah. :)