Loyal Followers

20110201

Segamat Banjir....2011

SEGAMAT - Laluan Segamat menghala ke Jementah dan laluan Bukit Kepong menghala ke Muar di sini masih ditutup kepada orang ramai berikutan banjir.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat berkata laluan Segamat-Jementah ditutup ekoran jambatan runtuh, manakala laluan Bukit Kepong menghala Muar dipenuhi air yang masih bertakung dan berbahaya untuk semua kenderaan.

"Bagaimanapun hampir kesemua laluan utama di Labis di sini mulai dibuka kepada orang ramai hari ini setelah cuaca semakin baik. Bagaimanapun, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati menghadapi sebarang kemungkinan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Laluan menghala ke Universiti Teknologi Mara Cawangan Segamat masih dibanjiri air dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.


Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir melanda Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan sehingga Ahad ini. - BERNAMA

Time ni je bce cm nk frust menoggeng je... yelah,mne xnye di sekitar tmpt belajarku dibanjiri air hujan. Selamatkah Uitmku. Eh,buku2 ku! dh la duk groundfloor je kt kolej 2. cmne ni? moga2 uitm xbnjir. Dlm hati n fikiran dh mula risau cmne nk blk 6t. Kne swimming ke g cne??? Oh,tidak!!! Saya xreti berenang lg! Cuti bertambah lg ke??? Jgnlh, dh mula bosan ni duk umh lme2...xtw nk wtpe lg... asgmnt belambak ni nk settlekn... dpt cuti tambahan x??? yahoo,leh cuti byk2 hr! amboi,gembira t'lbh nmpak! 6t diri sendiri bosan gk cuti lme2 ni... bila nk reda banjir ni?? cepatlh3...nk blk cepat laa... Mesti byk yg rosak n tutup kn??? mmg btl la kn... Alhamdulillah, nasib baik uitm tengah mid sem break! Ramai yang dah keluar balik rumah masing-masing termasuk saya ni tw! So, tak la ramai yang terkandas kt situ kn. Tapi ada jgk yang terpaksa stay sebab dah xde transport yang boleh bawak diorang keluar sebab semua jalan dah kena tutup. Sabar banyak-banyak ye.. Insya-Allah tak lama lagi surut la banjir tu. Sama-sama la kita doakan agar banjir tidak berlarutan panjang.     Then..., terbaca berita ni...

SEGAMAT, 1 Feb: Keadaan banjir di Segamat semakin pulih apabila hujan mulai reda hari ini. Hingga kini hanya beberapa jalan yg masih tidak boleh dilalui.
Semalam hampir seluruh bandar Segamat digenangi air dan mendapat fokus semua pihak apabila ramai wartawan dan jurugambar memenuhi daerah ini sempena pilihan raya kecil Tenang.
Jalan keretapi rosak teruk dan tak boleh dilalui namun sehingga pagi ini keadaan semakin pulih.
Adalah dijangkakan keadaan akan pulih menjelang petang ini sekiranya hujan lebat tidak turun lagi.
Menurut sumber kerugian jutaan ringgit berlaku di Segamat kerana keseluruhan bandar ditengelami air sehingga paras lima ke 10 kaki.
Pada pagi ni para penduduk Segamat sibuk mengemaskan kesan kotoran akibat banjir yang berlaku.
Beberapa kenderaan masih tersadai dan masuk dalam longkang besar akibat arus deras serta air yang dalam.
Penduduk Segamat menyatakan banjir kali ni lebih buruk dari tahun 2006.
Source: HarakahDaily.net

Alhamdulillah,dh semakin redha! ceh,muka happy dh ni....! YAY!!! msti ramai students nk cuti lebih2 kn? saya pun nk tw.... tp cuti lama2 sgt pun xbest gk.... saya ni xreti laa nk enjoy2 sgt ni... huhuhu so mmg otak ni pk nk blk U cpt je... leh wt asgmnt group  yg t'gendala ni. Harap maaf korg...hik3! Tp setelah bce macam2 berita baruku tahu segamat ni pernah banjir la dulu2... yelah,saya ni kn penghuni baru segamat! xtahu sgt info2 n sejarah johor ni... mcm katak di bwh tempurung la plak. So,sme2 laa doakan yg terbaik ye utk semua mangsa banjir. :) 

1 comment: