Loyal Followers

20110625

Jiwa Kacau

"jika tidak mahu melukakan hati orang yang disayang...... berdiam diri sajalah..."

sepatutnya nilah yang aku buat kan. so that we can still be friend.

"bak kate pepatah"
orang yang terlalu kita sayang akan jadi orang yang kita benci suatu hari nanti.
rasenye aku tengah alami bende ni kot.

"and bak kate die"
aku nak bersendirian sekarang!
Jangan gangu aku skrg... 
Ada masa kita jumpa n contact ko...


Ini yang membuatkan aku hilang kata-kata...
aku wat salah dengan diorg ke?
diorg cakap xde pun...
Hmm I'm wondering rite now!

oh stress!
i hate myself.
i tot it was the rite thing to do so that i will not hurt both of u.
but we're too busy to meet each other now.
 Please stay beside me!
I need u all in my life!
to cheer me up
to calm me...
Alya and keyla don't forget!
Miss u all very much!


20110619

Selamat Hari Bapa, Happy Father's Day 2011!

Masih teringat lagi hari pertama aku bersekolah. Sekolah tadika. Pagi-pagi lagi ayah aku dah kejutkan aku untuk bersiap pergi sekolah. Ayah aku mandikan aku. Lepas mandi, dia pakaikan aku pakaian seragam sekolah tadika. Muka disapu bedak. Rambut disisir rapi, ikat ekor kuda. Hehe.. Lepas tu sarapan pagi sama-sama dengan ayah dan ibuku, serta adikku. Lepas sarapan, ayahku hantar aku pergi sekolah naik motor. Macam tu lah tiap-tiap hari berlaku dalam hidup aku sampai lah aku berani sikit pergi sekolah sendiri. Kadang2 siap belikan bekalan roti canai lagi  kalau pergi tadika awal pagi.
Ayah aku baik. Tapi adakalanya bila dia dah naik marah, memang semua adik-beradik aku jadi takut. Lebih-lebih lagi aku. Dah banyak kali aku ‘dinasihati dan dirotan’ oleh ayahku. Hanger baju pun dah banyak ‘singgah’ atas belakang badan, gara-gara aku terlampau nakal dan degil. Ayah aku memang tegas dalam mendidik anak-anak dia. Mula-mula dia didik dengan lemah lembut. Bila didikan tu tak menjadi, dia akan membebel dan marah-marah (untuk tujuan mengajar). Kalau tak dengar kata jugak, barulah didikan jenis ‘keras’ sikit akan diberi kat anak-anak dia. Anak lelaki pun takkan lepas kalau dah degil sangat. Sama rata je didikan yang abah aku bagi untuk anak-anak dia.

Selamat Hari Bapa 2011Hari ni, anak-anak ayah dan ibu semua dah besar panjang.  Masih mencari arah tuju dalam hidup. Semua didikan yang diterima dari ayah dan ibuaku sewaktu dulu dijadikan panduan dalam menempuh cabaran hidup di dunia ni.
Terima kasih ayah atas segala didikan yang telah ayah bagi kepada anak-anakmu yang degil ni. Selamat Hari Bapa diucapkan. Untuk ibu, walaupun Hari Ibu dah lepas dah, anakmu ini ingin mengucapkan terima kasih sebab melahirkan kami dan curahkan kasih sayang yang tak berbelah bagi. Terima kasih juga di atas segala susah payah membesarkan kami sehingga kami menjadi diri kami seperti sekarang ni. Jasa besar ayah dan ibu akan sentiasa kami kenang hingga ke akhir hayat.
Akhir sekali, jutaan rasa syukur kepada Allah kerana telah kurniakan kami Ayah dan Ibu yang terbaik dalam dunia! Sayang sangat-sangat kat ayah dan ibu.