Loyal Followers

20121126

DUNIA

Assalamualaikum salam sejahtera 
Bismillahirrahmanirrahim coretan dimulai.

Maaflah, sudah bersarang blog Bicara Ilabell ni! Gara2 sibuk dengan keseronokan dunia juga. Lagi2 dunia ilmu perakaunan. Orang2 dulu2 panggil apa??? Dunia Al-Hisab @ ilmu kira2. Ok, stop it ilabell! 
Saya terbaca satu 1 blog ni  selepas solat maghrib tadi bercerita pasal hadis. Tertarik dengan hadis dan hasil blog ni saya share laa kat blog saya. Mohon sudi share ilmu ye tuan punya blog. :)



SI BLOGGER bercerita tentang Hadis ini, yang mana kata Rasulullah S.A.W, jika seorang bidadari syurga dibawa turun ke dunia, maka akan bercahaya-cahayalah bumi ini. Harumnya, oh... dari syurga hingga ke bumi baunya. Bahkan tambah Baginda S.A.W lagi, selendang wanita bidadari syurga sendiri adalah lebih bernilai, lebih indah, lebih cantik daripada dunia dan seisinya!


Subhanallah.

Makanya, saya terfikir dan terbayang.

Bagaimana agaknya Allah akan memperlakukan para wanita syurga, apabila nanti di dalam sana, mereka akan menjadi penghulu dan ketua kepada segala bidadari syurga.

Kerana membayangkan betapa indahnya syurga, saya teringat kembali kepada seekor bangkai anak kambing yang cacat. Bangkai yang ditemukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat Baginda dalam permusafiran.

"Apakah kamu mahu jika aku berikan kamu bangkai ini?", soal Rasulullah S.A.W. Sukar dijangka apa maksud Baginda.

"Wahai Rasulullah. Jika ia hidup pun aku tak mahu terima kerana kecacatannya. Inikan pula selepas ia jadi bangkai!", berkata sahabat Baginda. Spontan.

"Nah. Itulah dunia".

Hingga saya terfikir. Apakah sebenarnya yang saya bangga-banggakan atas dunia ini, yang saya kejar sepenuh hati, yang saya usahakan segenap tenaga. Adakah semata-mata untuk bangkai seekor anak kambing yang cacat ini?

Maka benarlah kata Imam Syafie, "Dunia ini ibarat bangkai. Yang mengejarnya hanyalah anjing".

Kita fokus dengan dunia hingga kita abaikan urusan akhirat. Solat berjemaah sesekala. Berasa puas pula dengan solat yang sendirian dan dikerjakan dalam akhir-akhir waktu.

Berasa cukup dengan belajar agama di sekolah rendah dan menengah sedang tak berasa jemu untuk sambung ijazah, sambung phD.

Berasa cukup dengan puasa Ramadhan, sedangkan tak berasa cukup dengan makan sepinggan.

Berasa cukup membaca Yassin saat ibubapa atau saudara meninggal, tapi tak berasa cukup membaca novel cinta, gosip, dan cerita sensasi artisan.

Berasa cukup ke masjid seminggu sekali, tapi tak berasa cukup ke padang bola dan panggung wayang.

Betullah, dunia ini tiada nilai.

Hanya jambatan yang menghubungkan negeri akhirat.

Hanya transit seketika, sebelum ke destinasi sebenar.

Maka, benarlah tafsiran Saidina Ali R.A terhadap apa yang kita doakan setiap hari sebagai 'fii dunya hasanah (kebaikan di dunia)'; iaitu kebaikan di dunia ialah memiliki isteri (pasangan) yang solehah.

Kerana cukuplah dunia ini terasa seperti di syurga, apabila memiliki seorang teman daripada jiwa yang mengajak dan berpimpinan ke Jannah!

Dunia,
Jangan perbudakkan aku.

Dunia,
Jangan perkudakan aku.

Dunia,
Jangan perbodohkan aku.

Kerna kamu bukanlah matlamatku!

20120724

Salam Ramadhan 2012



Assalamualaikum...



Diharap masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan" untuk kawan2 blogger semua. Maaf lama tak update semangat nak berblog semakin menghilang. Bajet macam ramai yang tunggu kau update kan? Cis!!! Aku doakan korang semua dikurniakan kesihatan tubuh badan sepanjang menjalani ibadah puasa ini, amiin. Oleh itu, rebutlah peluang dan kesempatan ini untuk bersolat terawih ya kawana? Manala tau tahun depan Allah dah tarik balik nikmat ni :(

Tahun ni aku puasa di rumah selama sebulan setelah sekian lama bergelar mahasiswi... Alhamdulillah, aku dapat berpuasa dan bersahur bersama-sama keluargaku... mesti makan untuk berbuka puasa pun sedap-sedap belaka kan.... apa taknye penuh juadah berbuka puasa di bazar berdekatan... so kita kenalah kawal nafsu dan berjimat-cermat ketika membeli ye... Jangan lupa niat puasa ye kawan2!

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini. Kurangkan segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa kosong kosong kosong. Setiap detik diperhatikan kau cari jalan putar belitkan membuatku rasa kosong kosong kosong. :)



Selamat berpuasa buat semua..
jangan lupa bangun sahur ye..sunat tu.. ^_^

20120118

Duk Rumah Syok!

Assalamualaikum..

Ok lama kan tak update blog. Dah bersarang tebuan dan blog ni. hihihi. Nak buat macam mana , kemalasan melanda kini . zzzzz * tidur kejap


Hari ini nak cerita sikit je. Tak banyak pun . Serba sedikit dapat hilangkan bosan Ila ni dan butakan mata korang sebab kena baca entry aku. Eh eh eh tapi tiada paksaan dalam membaca entry Ila eh. Nanti tak memasal ada yang sue sue . Tak sanggup mak =='


Yyeah sekarang ni dalam mood cuti panjang! Masa keberadaan di rumah ni memang perlulah dimanfaatkan sepenuhnya kan. Aku cuti lama2 ni b4 masuk UiTM bln 3 nanti, so kena guna dengan bijak. Ceh, bijak la sangat!!!! bijak2 kan ajelah.... kita taram aje~ haha  =P

Perkara yang SYOK dibuat ketika di rumah:-

SYOK MAKAN
                                                            
Yummie.... Mari Makan!!! siapa tak suka makan, kan? tambah-tambah syok lagi apabila semuanya dah terhidang depan mata. Tak perlu lagi nak pergi kedai beli makanan macam kat kolej, kena beratur bagai.Fuh,kena tunggu lama tuh!!! Kat rumah dah ada orang yang masak. Tinggal cuci tangan, baca doa, bukak mulut dan makan! Errrrrrrrrrkkkkkkkk, Alhamdulillah kenyang sudah perutku. Sedap plak tu masakan ibu! hehe puji ibu yg masak ckit biar rajin masak selalu.... ;)

SYOK TIDUR  

                                                            
Amik kau byk betul style Ila tidur!!! hahaha memang tak dinafikan yang Ila ni suka kebenor ketiduran ni. Rossak bahasa betul Ila ni, mamai la katakan.... hehe Eh, Garfield kan suka tidur gak memang sah la kami sekutu. Kami adalah adik beradik seibu tidak, sebapa pun lagi la tidak! Kalau boleh nak buat rekod macam koala bear. Tapi setakat nih baru beberapa kali je dapat! Huawawaaa kan dah kena tipu... xde maknanya anak dara bangkit lambat, nanti kena marah plak....

SYOK NOVEL
                                                              
Oh, yeah ni adalah benda paling Ila feeling masa mambacanya. Dapat plak Ila leh beli novel banyak macam gambar kat atas ni, memang tak la kan... Ibu tak suka Ila baca buku jenis-jenis jiwang camni... Tapi curi-curi beli jugak if ada pesta buku.... Opsss!!! hahaha Selalu jugak la sampai bengkak mata ila baca. Sob3.. Sungguh pilu betul melayan novel2 ni. Nak layan mood jiwang dan letakkan diri mcm dlm novel punye pasal... Ehh, dah lama kot tak beli novel baru! Terpaksa la baca koleksi sedia ada dulu. Tu la akibatnya kalau masih bergelar student, tade duit yang banyaaaaaaaaaaaaaaak nak beli buku baru! Nanti bila2 ada masa nak ajak kawan Ila beli stok buku baru lagi.... hehe


Orait dah cukup la kot tiga nih.. Sebenarnya banyak lagi aktiviti syok Ila time kat rumah tak habis kalau nak disenaraikan. Hmmm tapi.. tapi.. Alamak, bila word TAPI dah keluar itu tandanya saja la Ila nak beralasan bagai kan! Hahaa. Kalau dah malas tu memang malas jugak xperlu nak bagi alasan yang banyak pun.. Dah leh agak pun.... :P 


*Lagi satu, bila duduk rumah mulut pun jadi cik murai! Asyik membebel tanpa henti. Adik2 yang memang sering mencabar kesabaran.. Kat rumah jugak la Ila selau kena marah dengan ibubapa Ila... Ila Suka buat perangai sikit kalau dekat rumah ni... Orang kata marah  ni kan tanda sayang! hehehe