Ok lama kan tak update blog. Dah bersarang tebuan dan blog ni. hihihi. Nak buat macam mana , kemalasan melanda kini . zzzzz * tidur kejap
Hari ini nak cerita sikit je. Tak banyak pun . Serba sedikit dapat hilangkan bosan Ila ni dan butakan mata korang sebab kena baca entry aku. Eh eh eh tapi tiada paksaan dalam membaca entry Ila eh. Nanti tak memasal ada yang sue sue . Tak sanggup mak =='
Yyeah sekarang ni dalam mood cuti panjang! Masa keberadaan di rumah ni memang perlulah dimanfaatkan sepenuhnya kan. Aku cuti lama2 ni b4 masuk UiTM bln 3 nanti, so kena guna dengan bijak. Ceh, bijak la sangat!!!! bijak2 kan ajelah.... kita taram aje~ haha =P
Perkara yang SYOK dibuat ketika di rumah:-
SYOK MAKAN
Yummie.... Mari Makan!!! siapa tak suka makan, kan? tambah-tambah syok lagi apabila semuanya dah terhidang depan mata. Tak perlu lagi nak pergi kedai beli makanan macam kat kolej, kena beratur bagai.Fuh,kena tunggu lama tuh!!! Kat rumah dah ada orang yang masak. Tinggal cuci tangan, baca doa, bukak mulut dan makan! Errrrrrrrrrkkkkkkkk, Alhamdulillah kenyang sudah perutku. Sedap plak tu masakan ibu! hehe puji ibu yg masak ckit biar rajin masak selalu.... ;)
SYOK TIDUR
Amik kau byk betul style Ila tidur!!! hahaha memang tak dinafikan yang Ila ni suka kebenor ketiduran ni. Rossak bahasa betul Ila ni, mamai la katakan.... hehe Eh, Garfield kan suka tidur gak memang sah la kami sekutu. Kami adalah adik beradik seibu tidak, sebapa pun lagi la tidak! Kalau boleh nak buat rekod macam koala bear. Tapi setakat nih baru beberapa kali je dapat! Huawawaaa kan dah kena tipu... xde maknanya anak dara bangkit lambat, nanti kena marah plak....
SYOK NOVEL
Oh, yeah ni adalah benda paling Ila feeling masa mambacanya. Dapat plak Ila leh beli novel banyak macam gambar kat atas ni, memang tak la kan... Ibu tak suka Ila baca buku jenis-jenis jiwang camni... Tapi curi-curi beli jugak if ada pesta buku.... Opsss!!! hahaha Selalu jugak la sampai bengkak mata ila baca. Sob3.. Sungguh pilu betul melayan novel2 ni. Nak layan mood jiwang dan letakkan diri mcm dlm novel punye pasal... Ehh, dah lama kot tak beli novel baru! Terpaksa la baca koleksi sedia ada dulu. Tu la akibatnya kalau masih bergelar student, tade duit yang banyaaaaaaaaaaaaaaak nak beli buku baru! Nanti bila2 ada masa nak ajak kawan Ila beli stok buku baru lagi.... hehe
Orait dah cukup la kot tiga nih.. Sebenarnya banyak lagi aktiviti syok Ila time kat rumah tak habis kalau nak disenaraikan. Hmmm tapi.. tapi.. Alamak, bila word TAPI dah keluar itu tandanya saja la Ila nak beralasan bagai kan! Hahaa. Kalau dah malas tu memang malas jugak xperlu nak bagi alasan yang banyak pun.. Dah leh agak pun.... :P
*Lagi satu, bila duduk rumah mulut pun jadi cik murai! Asyik membebel tanpa henti. Adik2 yang memang sering mencabar kesabaran.. Kat rumah jugak la Ila selau kena marah dengan ibubapa Ila... Ila Suka buat perangai sikit kalau dekat rumah ni... Orang kata marah ni kan tanda sayang! hehehe
No comments:
Post a Comment