Loyal Followers

20111222

Musim Hujan!

Assalamualaikum...


Hati mula risau...sudah hampir seminggu hujan turun tak henti-henti.Dari pagi sampai lah ke petang,sambung ke malam pulak. Bertuah tanah dan tumbuhan dapat air secukupnya tapi manusia jangan pulak mengeluh. Hujan rahmat tu..Rasa dah macam dok oversea dah ni, asyik sejuk sepanjang hari..kalau buka mulut ada keluar asap-asap tak? konon-konon musim salji gitu  kt Malaysia ni..... ok, mmg tak la kan! Kalau keluar tu jangan lupa bawa payung tau, prepare je!

Hujan lebat setiap hari di segamat,Johor.mungkinkah akan banjir seperti yang berlaku setiap tahun..hati risau lagi. Kesian teman sekuliah denganku di sana takut tak sempat balik midsem. Di KL pun hujan jugak.Hari hari kena pakai stokin dan selimut. Yelah sejuk yang teramat sangat. Nasiblah kat rumah ada water heater. Kalau tak,tunggu panas baru mandi ye? Tak mungkin kot! Tapi kalau di oversea.. kalau sejuk sangat,tak de makna nak mandi pun kan...bau wangi tu boleh kekal.... hehehe 

Hujan lebat ni perut sentiasa mintak di isi..penat dah hari hari skipping dan minum air madu. Nak kurus konon! Tapi makanan jugak Bell main tibai je makan, camne nak kurus kalau asyik lapar je.....huhuhu

Hah, hujan-hujan nilah kita seronok tido je kan.. tapi Bell bukan jenis suka tido siang.... walaupun malam tido lewat.... insomnia la pulak! Ni gara-gara nak tunggu masuk dan mula sem di UiTM Melaka memang lama la kan...  Bell dapat offer fast tract kt situ. Now, duduk umah just baca novel, kemas rumah, jaga adik2 dan tengok tv. Dah bosan Bell ni asyik buat rutin yang sama je... Kalau hujan je cepat-cepat la Bell berlari marathon nak  angkat kain yang tersidai tu... 

p/s : Harap-harap si matahari muncul kembali memanaskan bumi ni tapi jangan sampai kemarau pulak dah. Tetiba teringat nasi hujan panas..itulah lumrah alam..ada hujan ada panas.. peace! ^__^.

20111124

Apakah Maksud "SALAM"?

Assalamualaikum...

Tetiba Bell nak tahu pasal perkataan Salam ni... Lagipun dulu ibu Bell pernah marah Bell just hantar mesej Salam as A'kum. Bell pun pelik kenapa tak boleh. Keinginan nak tahu menguasai diri Bell. Jadi, Bell pun search kat internet hendak tahu lebih lanjut. Bell klik sana, klik sini barulah jumpa pasal ni... Jadi, apa lagi Bell kongsi juga la apa yg Bell dah baca ni... Bell rasa mesti ramai dah tahu kan tentang word 'Salam' ni kan... Cara orang bagi salam ni macam2 tak tahu la ada makna atau tidak. Takpe2 ilmu dicari untuk dikongsi juga. Anda baca dan nilai la sendiri ya sama ada anda penah buat atau tidak. Bell pun penah buat la sebelum ni... kan tak tahu! Apabila dah tahu sila bagi salam penuh la ya. No More Shortform 'Salam'. Cuba baca ni:

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89) 
 السلاما=keamanan.....


Lebih baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
 Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
 Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

 Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
  dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
 Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
 saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
 “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;   
“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
 “Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…
 Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”
 Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti    ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.


Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
 Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

 Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan              “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
 Sekian, semoga ada manfaatnya. Insya-Allah


20111111

11.11.11 Hanya Sekadar Tarikh

Ramai tertunggu-tunggu akan tarikh 11.11.11 ni kan. Ramai jugaklah akan bernikah hari ni kan. Semoga berjalan lancar majlisnya ye. Bell ada terbaca di wall facebook kawan Bell tentang tarikh 11.11.11 yang mengatakan:

"Orang sibuk update pasal 11.11.11 kan ? read this ! dalam kitab satanic the holy is satan . Yg Mr St Wingston father satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia dan orang akan memuja-muja pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan . Sebenarnya orang tak akan tahu apakah makna tarikh tersebut malah pada hari Jumaat datangnya k...ami untuk menyesat semua agama islam , kristian dan buddha . Dan di mana nanti yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul . Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat anak-anak adam , St Mary and Crist Jesus . Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami . Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11 ".
 ·  · November 11 at 2:11pm · 

Siap kena marah lagi dengan kawan tu sebab update status FB pasal tarikh ni. Ni statusnya "‎11/11 /11 11:11 It happens twice - morning and night! :)" Terkejut juga la kena marah masa tu. Padahal, kebetulan 11.11.11 jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 15 Zulhijjah 1432 Hijrah.Tarikh yang baek jatuh pada hari yang baek juga.

Mungkin tarikh 11.11.11 memberi seribu makna pada mereka yang akan bernikah pada hari ini kan.Takpun baby yang akan lahir pada hari ini. Mungkin ada yg couple tarikh ni!.. Hmmm tak kisahlah ape pun yang berlaku kite kene berfikiran dari sudut positif walaupun pelbagai misteri yang di andaikan oleh web barat.

11.11.11 hanya sekadar nombor kan? tapi nombor tu cantiklah (^__^). Hopefully ia memberi makna dalam hidup korang jugak..I know what you did last 11.11.10..Apekah?saje buat suspen..hehehe

p/s:Congratz to Kakak kpd siti atiqah a.k.a 'montel' yang akan bernikah hari ni,k alau takde aral melintang, InsyaAllah Bell sekeluarga akan pergi ke kenduri kakak ko esknye ya di puncak alam.. Ada 2 kenduri pulak tu kena pergi... Tapi kalau sebaliknye..ampun maaf ya montel cyg.. :)

20110914

RaYa Suka-Suki

RaYa 2011...
Assalammualaikum..


Selamat pagi semua..rindu betul aku pada dunia blog dan semua rakan blogger.masih dalam mood raya lagi ni.biskut raya pun tak habis lagi.hari ni aku masih cuti lagi iaitu study week.ni pun kat UiTM dh .setelah berbulan-bulan aku menternak sawang di blog aku.aku kembali untuk membersihkan habuk-habuk yang bermaharajalela sampai terbatuk-batuk aku.kuikuikui..


Macam mana dengan raya korang tahun ni?pasti meriah kan. aku raya kali ni bali Kelantan ... Jalan raya sampai balik malam... kena marah denan parents, yelah 1st time balik lewat macam itu... Lagi satu, kita ni bersyukur sangat beraya dekat negara yang kaya dengan makanan kan.sangat kesian saudara kita di somalia sana.kita pulak terlebih makan.bersyukur lah..


Bila raya nasi pun lupa nak makan..yela pergi beraya rumah saudara mara macam-macam juadah tersedia..
ketupat,lontong,satay,lemang,laksa,mee kari,bihun sup,tomyam..fuh kenyang + senak..haha..makan, makan, dan makan..ish2 dasyat..dasyat..


Masyarakat kita biasanya sangat murah hati dengan makanan.tetamu di layan macam raja.di sambut dengan senyuman..


Yang seronok bila raya..

  • dapat jumpa dengan sepupu dan sembang sampai pagi
  • dapat makan macam-macam jenis juadah
  • dapat duit raya walaupun dah kawin..haha *gelak ade makna tuh
  • banyak jemputan rumah terbuka..*makan lagi
  • boleh bergaya macam-macam gaya sebab raya kan.kalau tak pergi kenduri kawin jer boleh bergaya dengan baju kurung..hehe..
  • asyik tangkap gambo sebab gedik sangat beraya..haha
  • masa ni lah pun nak pergi rumah saudara-mara, kawan-kawan..
Yang tak seronok nye..

berat badan bertambah..huahuahuahua..

Kalau Tak Tahu Masak Tolak 50% Hehehe

Assalammualaikum


Aku terbaca post kat bawah ni dekat facebook..wah sangat menarik perhatian aku sebab duit hantaran tersebut telah di kategorikan mengikut kelulusan dan siap ade mark lagi kalau tak tahu masak tolak 50%..hehe...


UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
...2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000
***TETAPI YANG DIPLOMA KE ATAS KALAU TAK TAHU "MASAK" AUTOMATIC DI TOLAK 50% DARIPADA NILAI BIDAAN***


Tak di nafikan nilai hantaran makin lama makin meningkat mengikut peredaran masa dan harga barang. tapi tu tak bermakna kita perlu menyusahkan pihak lelaki dengan hantaran begitu tinggi..kalau lelaki tu baru saja bekerja mana nak cekau duit 30,40 ribu sekali gus..jalan singkat buat pinjaman..tak ke lepas kahwin tanggung hutang aje.


Islam mengajar kita bersederhana kan..*keluar dah ceramah aku pagi-pagi ni..hehe..memang lah kahwin tu sekali seumur hidup tapi tu tak bermakna kita boleh membazir duit melampau-lampau..tak semestinya kalau nak kan sesuatu majlis tu meriah perlu belanja yang besar..belanja kecil pun majlis boleh meriah ape..


Sebab musabab tak di galakkan pihak perempuan letak hantaran terlalu tinggi pada pihak lelaki..*pada pandangan aku lah*
  • Elakkan bakal suami kita berhutang
  • Selepas kahwin hidup susah sebab beban hutang
  • Supaya dapat dirikan masjid dengan cepat.kalau duk tunggu lelaki kumpul duit bila pulak nak kahwinnya.
  • Takut jadi anak dara tua sebab lelaki bosan dengan duit hantaran yang terlalu tinggi.
  • Supaya perkahwinan itu lebih berkat dan di redhai Allah kerana takde berlakunya pembaziran dan tidak sampai menyusahkan mana-mana pihak.
Kalau pihak lelaki tu memang mampu tu tak kisah lah kan..pada yang tak mampu macam mana pulak.kesianla kan..dia pun akan jadi suami kita nanti.

Tapi orang-orang dulu nak pinang perempuan buat isteri tengok perempuan tu pandai masak ke tak, budi pekerti, pandai hormat orang tua ke tak. ini kalau hantaran pun berpuluh ribu tapi tak pandai masak ape cerita..betapa pentingnya seseorang isteri tu pandai masak untuk suami..boleh tengok Entri ni..

gambar ihsan google

sekian..

20110813

Berbuat baiklah

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.

☑ Yang Menipu Itu DUNIA.

☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.

☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.

☑ Yang Berat Itu AMANAH.


☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.

☑ Yang Susah Itu SABAR.

☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.

☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.

☑ Yang Berharga Itu IMAN.

☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT


Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani. Kejarlah taubatnya dan insafi diri ini yang serba banyak kekurangan dan dosa. Kita tidak sempurna hanya Allah sahaja yang sempurna.
Oleh itu, di bulan Ramadhan yang mulia lagi penuh barakah ni marilah kita bersama-sama:


DELETE DOSA,
UPLOAD PAHALA,
DOWNLOAD KESABARAN,
UPGRADE KEIMANAN,
BROWSING KEBAIKAN,
UPDATE AMALAN,
SHUTDOWN PERMUSUHAN,
RESTART PERSAUDARAAN, dan
SELALU ONLINE KAN HATI KITA DI JALAN ALLAH S.W.T.
AWAS VIRUS SETAN SUPAYA
SOFTWARE HATI DAN JIWA MENJADI TENANG ! :)

11 Amalan Sunnat Bulan Ramadhan


Berikut adalah beberapa hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan kitab Feqhus-Sunnah susunan Sheikh Sayyid Sabiq. Semoga kita semua dapat mengamalkannya, insyaALLAH.

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam di atas.  Janganlah dilepaskan peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah, merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita semua akan nilai besar Taqwa, amin.

sumber : Shahmuzir Nordzahir 
ilham :  Dalam kelas CTU231- Ustaz Kamarulzaman mempamerkan video tentang amalan sunnat ini.

20110806

Update Ibadah dgn Solat Terawih

PERHATIAN & HARAP MAAF: Tidak terdapat hadis sahih yang membicarakan tentang fadilat-fadilat Solat Tarawih pada malam-malam bulan Ramadhan sebagaimana yang dikeluarkan oleh artikel atau media massa. JAKIM ada mengeluarkan pengesahan mengenai perkara ini . Ini adalah termasuk Hadith Maudhu’. Bahan berkenaan boleh didapati di Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan. JAKIM.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”