Kos Upah Membantu Ibu:
- Tolong pergi ke kedai RM 4.00
- Tolong jaga adik RM 4.00
- Tolong buang sampah RM 1.00
- Tolong kemas bilik RM 2.00
- Tolong siram bunga RM 3.00
- Tolong sapu sampah RM3.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
- Kos mengandungkanmu selama 9 bulan PERCUMA
- Kos air mata yang menitis keranamu PERCUMA
- Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu PERCUMA
- Kos berjaga malam kerana menjagamu PERCUMA
- Kos menyediakan makanan dan keperluanmu PERCUMA
Air mata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,
memeluknya dan berkata," Saya sayangkan ibu ". Kemudian si anak mengambilpen dan menulis " TELAH DIBAYAR " pada mukasurat yang ditulisnya sebelum itu.
Diriwayatkan seorangtelah bertemu Rasulullah S.A.W dan bertanya," Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?". Rasulullah menjawab," Ibumu ( dan diulang sebanyak 3 kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."
wah cam nak nih boleh buat bisnes!!! hahahaha
ReplyDeletehahaha bisnes pe minx upah kt ibu??? sedih beb...
ReplyDelete