Loyal Followers

20101226

Mesej utk Akhawat

Duhai akhawat sayang fillah,si mawar mujhidah,ketahuilah....
Dalam langkah hidup ini,hanya ada dua jalan yang salah satunya perlu ditempuhi.Kita yang memilih jalan kita sendiri.Kalau kita tidak memilih jalan menuju Allah,pasti kita akan melangkah di jalan yang menujukecelakaan diri sendiri iaitu jalan syaitan ,nafsu,syahwatdan duniawi.Jalan keimanan itulah jalan ilahi dan jalan kesesatan itulah jalan iblis.
Orang yang berjalan di atas jalan ilahi sentiasa berusaha mensucikan jiwa dan hati sementara orang yang berjalan di jalan iblisi,tiada sensitivitidalam mengotoridan menodai hati.
Masing-masing berusaha dan masing-masing bergerak,meniti waktu dan har,mendekati mati.Akhirnya,masing-masing kerdil menghadap Ilahi.Suadh tentu disana,ada perbezaan antara keduanya di alam abadi.
Tanyalah diri,mahukah kita mencampakkan diri ke lembah kehinaan pada saat bertemu Rabbi?Atau meletakkan diri ke darjat yang tinggi?sudah tentu jawapan kita mengimpikan tempat disisi Ilahi.
Namun,adakah sama orang yang sekadar berangan-angan tetapi tidak mempunyai persiapan yang serius untuk menghadap-Nya?Berapa ramai orang yang yang sanggup menjual harta dan dirinya demi membeli reda Allah?Sungguh,manusia lupa saat perjumpaan itu!!
Zaman berganti zaman,Islam asing (gharib)kali kedua,hati-hati yang jernih fikrahnya menjadi ghuroba'.Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas dengan-Nya.
Adakah amalan dan akhlak kita melayakkandiri kita termasuk dalam golongan ghuroba' ini?Mungkinkah kelalaian kita yang berterusan ini alkan menyebabkan kita turut tertapis dari jalan ini.Nauzubillah!
Ya Allah,bantulah kami untuk tetap layak berada diatas jalan-Mu.Jangan sesekali Kau menapis kami dari jalan-Mu kerana kelalaian kami sendiri untuk mengubat hati dan mengubah sahsiah diri.Amin...

No comments:

Post a Comment