Loyal Followers

20110130

Kata-kata Hikmah Org Hebat Islam

SAYIDINA ABU BAKAR :


1.Sesungguhnya seorang hamba itu bila merasa ujub karena suatu perhiasan dunia, niscaya Allah akan murka kepadanya hingga dia melepaskan perhiasan itu.
2. Semoga aku menjadi pohon yang ditebang kemudian digunakan.
3.Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”


SAYIDINA UMAR BIN KHATTAB :

1. Jika tidak karena takut dihisab, sesungguhnya aku akan perintahkan membawa seekor kambing, kemudian dipanggang untuk kami di depan pembakar roti.
2. Barangsiapa takut kepada Allah SWT niscaya tidak akan dapat dilihat kemarahannya. Dan barangsiapa takut pada Allah, tidak sia-sia apa yang dia kehendaki.
3. Wahai Tuhan, janganlah Engkau jadikan kebinasaan umat Muhammad SAW di atas tanganku. Wahai Tuhanku, umurku telah lanjut dan kekuatanku telah lemah. Maka genggamkan (matikan) aku untukMu bukan untuk manusia.


SAYIDINA ALI KARAMALLAHU WAJHAH :

1. Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hambaMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.
2. Hendaklah kamu lebih memperhatikan tentang bagaimana amalan itu diterima daripada banyak beramal, kerana sesungguhnya terlalu sedikit amalan yang disertai takwa. Bagaimanakah amalan itu hendak diterima?
Janganlah seseorang hamba itu mengharap selain kepada Tuhannya dan janganlah dia takut selain kepada dosanya.
3.Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.


UMAR BIN AZIZ :

1. Orang yang bertakwa itu dihalang.
2.Sesungguhnya syubhat itu pada yang halal.
3.Kemaafan yang utama itu adalah ketika berkuasa.
SUFFIAN AS THAURI :
1. Tidak ada ketaatan bagi kedua ibu-bapa pada perkara syubhat.
2.Sesungguhnya seorang lelaki itu berharta bila dia zuhud di dunia, dan sesungguhnya seorang itu adalah fakir bila dia gemar pada dunia.
3. Menuntut ilmu lebih utama daripada solat sunat.


IMAM AS SYAFIE :

1. Barangsiapa menghendaki akhirat wajib baginya ikhlas pada ilmu.
2.Tidak ada sesuatu yang lebih indah pada ulama kecuali dengan kefakiran dan mencukupi dengan apa yang ada serta redha dengan keduanya.
3. Hendaklah kamu berilmu pengetahuan sebelum kamu menjadi ketua, sebab sesudah kamu menjadi ketua, tidak ada jalan lagi bagimu untuk mencari pengetahuan.
Orang yang berakal itu adalah orang yang akalnya dapat mengawal segala sifat-sifat mazmumah (sifat keji).
Barangsiapa yang menyukai bila Allah menutupinya dengan kebaikan maka hendaklah dia bersangka baik terhadap manusia.


IMAM MALIK :

1. Ilmu itu bukanlah dengan membanyakkan riwayat tetapi ilmu itu adalah cahaya yang Allah letakkan dalam hati.
2. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah cahayanya.
3. Wajib bagi orang yang menuntut ilmu untuk memiliki kebesaran, ketenangan dan ketakutan.


IMAM ABU HANIFAH :

1. Tidak sekalipun aku solat kecuali aku doakan untuk guruku Hammad dan juga mereka yang pernah mengajarku serta mereka yang pernah aku ajar. (murid-muridnya).
2. Aku telah 50 tahun bergaul dengan manusia. Tidak ku dapati seorangpun yang mengampunkan kesalahanku. Tidak ada yang menghubungi aku ketika aku memutuskan hubungan dengannya. Tidak ada yang menutup keaibanku dan aku tidak akan merasa aman darinya bila dia murka kepadaku. Maka yang lebih mereka bimbangkan adalah perkara yang besar-besar.
3. Telah sampai berita kepadaku, bahawa tidak ada yang lebih mulia daripada seorang alim yang warak.


IMAM AHMAD :
  1. Jangan kamu mengambil ilmu dari orang yang mengambil benda dunia di atas ilmunya.


SUFFIAN BIN UYAINAH :

1. Dua perkara yang susah sekali untuk mengubatinya iaitu meninggalkan loba (tamak) untuk manusia dan mengikhlaskan amal untuk Allah.
2. Siapa yang ditambah akalnya maka kuranglah rezekinya.
3. Zuhud di dunia itu adalah sabar dan menunggu-nunggu kedatangan mati.
4. Ilmu itu jika tidak memberi manfaat padamu maka akan memberi mudarat padamu.
5. Orang yang menuntut ilmu tidak akan dianggap sebagai orang yang berakal hingga dia melihat dirinya lebih hina dari sekalian manusia.

Sebahagian ulama’ salaf bermunajat seperti ini :
“Ya Allah, generasi mana yang tidak membuat kedurhakaan padaMu namun Engkau tetap memberi rezeki kepada mereka. Sesungguhnya Maha Suci Engkau dan Maha Penyantun. Demi kemuliaanMu, Engkau didurhakai manusia namun Engkau tetap melimpahkan pemberian dan rezeki, bagaikan Engkau tidak pernah marah pada mereka, wahai Tuhan kami.”




p/s: Kongsian bersama dr Love-Love Islam. Aku sgt2 tertarik utk mmbce artikle ni... coz ia dpt memberikan ilmu n motivasi kpd diriku n sahabat handai juga... Sejarah mampu memberikan teladan kpd kita utk jd lbh baik di masa hadapan... insya-Allah. :)

Yup, Aku Mungkin Begini!


yup ,
aku mungkin tak pandai , tapi aku boleh selesaikan macam2 masalah .

yup ,
aku mungkin gemuk , tapi itu tak bermakna aku tak pandai kawal pemakanan aku .

yup ,
aku mungkin seorang yg tak ambil kisah dengan gurauan , tapi aku jugak ada perasaan .

yup,
aku mungkin seorang yg suka pendam segala masalah , tapi aku bukan jenis yg tak tahu nk luahkan apa yg aku rasa .

yup ,
aku mungkin mudah senyum dan ceria secara luaran , tapi dalaman penuh dengan luka-lara .

yup ,
aku mungkin sombong berlagak gedik , tapi hakikatnya hanya orang yg tak kenal aku jeh yg akan ckp mcm tuh .

yup , 
aku mungkin nakal degil or seangkatannya , tapi aku masih ada harga diri yg tinggi .

yup ,
aku mungkin suka moody tak tentu pasal , tapi itu semua mesti ada sebab .

yup ,
aku mungkin pemalas , tapi malas2 aku , aku masih pandai buat pelbagai kerja .

yup ,
aku mungkin bukan perempuan yg solehah solat tak cukup waktu , tapi Dia , aku selalu ingat setiap masa .

yup ,
aku mungkin kurang ajar , tapi aku masih ada sifat hormat yg tinggi terhadap orang lain .

yup ,
aku mungkin tak pandai masak mcm chef ONE , tapi tangan aku boleh masak macam2 yg aku dah belajar . 

yup ,
aku mungkin bukan anak yg baik utk ibu ayah , tapi aku selalu mencuba utk bagi yg terbaik dekat mereka .
yup ,
segala nya mungkin bila korang tak kenal aku dengan betul .
tapi , bukan semua yg buruk tuh ada pada diri aku .
bukan semua yg baik tuh ada dalam sifat aku .
aku hamba Dia yg diberi pinjaman segalagalanya .
aku hamba Dia yg selalu lakukan kesalahan .
aku hamba Dia yg lemah dan sentiasa berdoa untuk diberi kekuatan .

satu perkara yg aku selalu ingat bila aku ada masalah yg aku rasa aku tak mampu nk tanggung .

everything will be ok in the end . if it's not ok , it's not the end . this moment is not permanent in life .
semua ada hikmahnya .
and doa selalu.

setiap kali aku rasa aku dah putus harapan , masa itu jugak Dia bagi aku cahaya .Dia bagi semula kat aku apa yg buat aku hilang semangat . dan segalanya bertambah baik dari yg sebelum ni . dan hikmahnya di atas segala yg berlaku , aku dpt rasa dengan jelas sangat .

rakan2 , I may not be perfect , but I'm always ME ! Just ME!
peacee ;)) 

20110129

Lelaki & Perempuan

Wanita memang hebat!

SEORANG teman (lelaki) tidak semena-mena melahirkan rasa kagum terhadap wanita. Cara dia memperkatakan tentang kehebatan wanita seolah-olah baru semalam menyedari betapa kaum Hawa memang hebat.
Dia yang berjawatan tinggi dan sudah berumah tangga agaknya tidak perasan staf di bawahnya 90 peratus adalah wanita. Wanita-wanita itulah yang menjaga kedudukannya selama ini. Mereka bertungkus-lumus memastikan setiap urusan berjalan lancar sekali gus menjadikan jabatan yang dikendalikan teman itu antara yang terbaik.
Apabila ditanya mengapa baru sekarang dia berpandangan begitu, jawapan yang diterima hanya senyuman. Lama baru dia menjawab: ''Kagum sebab wanita boleh buat semua benda. Di pejabat selesaikan segala urusan, balik rumah berhadapan pula dengan macam-macam kerenah. Kerenah anak, suami, orang gaji dan tuntutan merehatkan diri sendiri.
''Bangun pagi rutin wanita bermula lagi sehingga esok, esoknya dan berterusan selagi wanita ada kudrat.''
Walaupun kekaguman teman itu bukan perkara baru, tetapi hakikatnya itulah wanita. Selepas penat seharian di pejabat, wanita kembali ke rumah menyambung urusan rumah tangga, sebaik mahu merebahkan badan di katil menjadi pula tempat bermanja.
Di pejabat menyempurnakan tugas atas nama tanggungjawab, di rumah pula kasih sayang menjadi tema demi memastikan keharmonian rumah tangga terpelihara. Dalam banyak hal ramai wanita inginkan lebih 24 jam sehari supaya segala urusan dapat diselesaikan dengan rapi. Tetapi jika sehari itu mempunyai 48 jam atau beratus-ratus jam maka akan bertambahlah tugas dan tanggungjawab wanita.
Oleh itu janganlah ada mana-mana wanita meminta lebih daripada 24 jam sehari kerana kerja yang menunggu mereka juga akan menggunung dan hanya segelintir lelaki mahu meringankan beban mereka.
Apatah lagi bila difikirkan di sebalik kehebatan wanita adakalanya tidak mendapat perhatian, penghargaan jauh sekali pengiktirafan. Wanita masih berhadapan dengan isu diskriminasi gender biar pun kini ia berlangsung dalam suasana yang sedikit bersopan berbanding dahulu. Wanita juga terpaksa bekerja keras membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik dan selayaknya dinaikkan pangkat namun belum tentu peluang akan datang menggolek. Kepesatan dunia siber menyaksikan masih wujud sekelompok manusia yang masih memandang rendah terhadap wanita. Sebab itu ada suami yang sanggup sepak terajang isteri tetapi pada masa yang sama mendesak tuntutan batinnya dipenuhi menggunakan hujah jika tidak berbuat demikian maka wanita menanggung dosa. Lantas tangan yang memukul itu juga menjadi tangan yang membelai, memujuk rayu semata-mata mahu keinginannya dipenuhi. Ada lelaki sanggup memeras keringat dan menjual maruah wanita semata-mata untuk memenuhkan poketnya. Tidak kurang juga lelaki yang mendera mental wanita dengan membiarkan mereka digantung tidak bertali.
II
Ciri-ciri lelaki tulen
Ketika sibuk bercakap mengenai laman sosial seksualitimerdeka, ada yang menyampuk tentang cara untuk membezakan antara lelaki tulen dan gay. Yang menyampuk itu lelaki, kalangan yang mendengar juga ada di antaranya lelaki. ''Cuba seorang lelaki tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir isteri, anak, ulang tahun perkahwinan, tarikh bertunang. Kalau dia boleh ingat satu persatu, maknanya dia gay.''
Sambung seorang lelaki lagi: ''Lelaki tulen tidak gemar perkara kecil dan remeh, mengingati tarikh adalah salah satu daripada perkara yang mereka tak suka buat. Satu lagi lelaki tulen biasanya penampilan mereka kemas dan segak sekejap, bila tiba waktu petang atau malam, akan nampak serabut walaupun sedikit.''
Menurut dia lagi, gay selalunya dapat dilihat menerusi penampilan yang amat rapi, teliti dan terperinci. Selalunya mereka segak, kacak dan semestinya bergaya. ''Gay juga pandai mengambil hati, memenangi hati dan menyusun kata-kata yang boleh mencairkan hati. Mereka juga sering mempersonakan wanita tapi sayang hati gay untuk lelaki,'' sambung seorang lelaki lagi.
Pantas ada yang bertanya, adakah kesempurnaan gay bermakna mereka tidak memukul atau menggunakan kekerasan kepada pasangan seperti mana segelintir lelaki tulen selalu lakukan. Atau pun sama ada lelaki tulen mahu pun gay, semuanya sama kerana sememangnya mereka adalah lelaki.
PERINGATAN : Ini cerita tentang sesetengah lelaki. Bukan semua sifatnya begini. 
Aku suka artikel ni. Aku baca banyak kali. Bila baca aku rasa macam terbela terus jadi bangga. Kurang sekali keluar artikel tentang seorang lelaki mengiyakan tentang kehebatan kaum wanita. Selalunya mereka betah. Mereka akan kata, tanggungjawab seorang wanita itu mudah. Solat dan taat pada suami, syurgalah tempatnya sedangkan lelaki perlu menjawab setiap dosa-dosa yang anak perempuan dan setiap yang dipertanggungjawabkan untuknya sebelum masuk syurga. Dan ramai juga cakap, perempuan ni demand banyak sangat. Nak dibelai lah, nak itu lah, nak ini lah. Sebab kau bukan perempuan, sebab itu kau tak faham.
Back to reality.
Jarang sekali kita nak tengok seorang lelaki betul-betul menolong isterinya untuk membuat hal-hal remeh temeh. Selagi tak suruh, selagi tak suap sampai ke mulut selagi itu lah mereka duduk termonggok. Yang mereka fikir, kerja rumah kerja orang perempuan. Lagi-lagi sekarang ni dah ada Blackberry, iPhone, iPad, PSP dan segala macam jenis yang lebih mengkhayalkan dari ganja. Selagi isteri tak menjerit dari dapur untuk minta tolong, selagi itulah sesetengah lelaki tadi terus "high".
Masalah ni memang tak besar.
Tapi kalau sama-sama buat, tak salah kan? Kita semua tau tanggungjawab kita dekat mana tapi kalau setakat menolong isteri sendiri, tak ada salahnya. Pahala lagi dapat. Kadang-kadang jalan-jalan dekat mall, nampak seorang isteri sebelah tangan tolak stroller, sebelah tangan pimpin anak lagi satu. Laki dia dok jalan menonong sensorang atau dok belek henfon. Gila selfish. Kalau aku ni jenis kurang hajo, aku dah pergi tempik dekat muka laki tu.
Kadang-kadang orang perempuan ni, dia tak mintak banyak. Cukuplah sekadar suami dia faham, dia penat seharian. Itu belum bab melayan suami lagi. Ok, dah.
Pasal gay dekat atas tu, aku tak pasti tentang kesahihannya. Tapi kalau lah semua lelaki straight perangai macamtu, isteri kau paling bahagia di dunia dan di akhirat weh. Kalau korang mempunyai ciri-ciri lelaki yang aku sebut dekat atas tu, aku salute lah. Spesis macamtu makin pupus. Pupus dengan peredaran semasa yang sungguh banyak agendanya.

Berubah untuk sesuatu yang lebih baik adalah perkara yang paling payah nak buat tetapi ganjarannya sangat hebat dan boleh buat kau senyum terkulat-kulat.

Bicara Hari Lahir

Assalamualaikum...



Salah ke kita nak sambut hari jadi kita ni? rakan2 kita? x boleh ke?..bnyak nye soalan..
Saya rase tidak ade salahnya jika kite ingin menyambut hari jadi kita atau rakan-rakan kita..tapi biar la kena pada caranya dan tempatnya.. 4 jan = tarikh ni merupakan bfday saya tau.. saya teringat waktu zaman sekolah dulu.. macam-macam jenis cara sambutan tw.. ade yang kena curah air sabun.. loker di terbalikkan.. barang2 kene sorok la..tak bertegur sape..dan berbagai-bagai lagi..sampai menangis mangsa kejadian..x patut kan.. cian la plak nk wt cm2... sblm nk wt org saya selalu t'pk klu saya yang kena cm2...huh, xsanggup saya! takut automatik t'marah kawan2 plak...saya tau niat diorg just nak b'gurau senda time sambutan saya... 



Bagi kita yg lihat ni memang nampak seronok n meriah je.. tapi orang yang diperlakukan begini ape perasaannya?.. ade kemungkinan depa ni pasang niat mahu membalas dendam pada hari jadi rakan mereka yang akan datang..maybe lebih teruk or dasyat lagi...
saya rase banyak lagi cara kite boleh sambut hari jadi kite atau hari jadi rakan-rakan kita..antaranya ialah dengan melakukan solat hajat..kalo ade duit lebih tu buat la kenduri kesyukuran..bersedekah ke..tak pun buat majlis bacaan yasin..ni tak..jgn nak tunggu ade kematian baru la nak bace yasin....

Jadi bagi mereka yang terfikir atau plan nak buat sambutan yang pelik-pelik tu lupekan saje ye.. Batalkn je niat 2... Xbaik wt jht kt org lain 2... klu sesuatu yang tak elok berlaku baru nak menyesal dah tak beguna dah.. bak kata pepatah: sesal dulu pedapatan,sesal kemudian tidak beguna lagi.. so far saya ni xpenah kena lagi cm2 laa...coz maybe diorg mudah t'lupa bfday saya ni....yelah diawl2 thn kn... yg ingat pun org2 t'dekat je n kwn baik saya.  thanks 4 da wish... luv u all..:)
happy birthday graphics
p/s: thanks roomate M247 coz wt suprise party n bg hadiah utk saya n kak bainun sekali... cyg la korg sume... 20.1.2011 memory ni xkn dilupakn wlpn sambutannye late tp ttp b'nilai bgku... hee 20.1.2011 :)

20110125

Sabarlah! Kita Hidup Sbg HambaNYA


Assalamu'alaikum.. 

Hari-hari yg kita lalui bukannye slalu indah n manis... kehidupan kita di muka bumi ini umpama r0da... r0da yg b'putar. Kadang-kadang kita berada diatas, n kadang-kadang kita berada di bwah...
Sahabat,ketika berada di atas, janganlah kamu  terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah, 
dan ketika di bawah, percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas...insyaALLAH..biiznillah... setiap yg berlaku adalah pengaturan yang paling indah untuk hambaNYA...cepat atau lambat sahaja bezanya...insyaALLAH....
 
Memang fitrah manusia yang selalu mahukan yang baik dan indah belaka. kalau b0leh tiada yg buruk.. sebenarnya semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang datang, ujian dariNYA ini adalah  untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah. Inilah kebijaksanaanNYA...Sejauh mana kesabaran didalam diri setiap individu itu..
YA  ALLAH..teguhkanlah hati-hati kami dengan hidayahMU...insyaALLAH.....

Ujian yg dititipkn untuk hambaNYA itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita...

Sahabat, Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"

wallahuallam....

p/s: B'sabarlah dgn ujian yg diterima drpd-NYA kerna Allah xkn beri hambaNYA ujian jika dia tidak kuat n mampu mghadapinya.... Tabahkn diri, cekalkan diri... :)

20110122

Nak Xnak Dpt Xdpt

selalu nye apa yang kita nak time 2 la xkan dapat
hmmm....
-
-
-
-

yang dikejar tidak dapat
yang dikendong berciciran

ajal
jodoh
pertemuan semua di tangan
allah


kita hanya merancang tuhan menentukan

masih jauh perjalanan ini

masa hadapan

masa seterusnya

tapi sekarang " kita " semua dah berubah

hanya mampu berdoa

untuk menemani hari2 yang berikut dengan tabah

segala kenikmatan di dunia hanya sementara

yang kekal di sana


manusia boleh berubah

dengan sekelip mata

tapi siapa yang boleh ubah ?

kalau x diri sendiri ..

tanpa paksaan dan rela hati

sekarang cuba untuk belajar menerima seada nya

redha dengan segala nya

semua yang berlaku semua ada hikmah

cuma cepat dan lambat je

kita boleh nampak

aku hanya mampu berdoa kepada tuhan

melindungi serta tabah menempuh dugaan yang kau berikan kepada ku

agar hidup ini akan lebih sempurna di hari2 berikut nya

so sabarlah menunggu

walaupun penantian itu pahit

kerna semuanya telah ditakdirkan...

20110121

Andai Seorang Lelaki Itu Datang


   Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
   Andai seorAndai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...


Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,


"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"

TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...

BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...





Ya Allah,,jika dia benar untukku,,tetapkanlah hatinya dgn hatiku.. jika dia bukan milikku,,damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu...amiinn...









~...sekadar renungan bersama...~
             ......برك الله

Adab Mendengar Azan




Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapatberkata apa-apa... Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'
 
Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud:
'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan. Jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'.

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri, mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? 
 
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba. Maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 
 
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah...' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin...'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini. Subhanallah...

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah. Dimulakan dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauannya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia... Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan azan di merata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia. Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India.

Perbezaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belum pun azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar! 
  

Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah sering kali berfikir 2 atau 3 kali... FIKIRKAN LAH, tepuk dada tanya iman.

Nota Dariku: ok...mcm ayat kat ats 2. jom ramai2 kongsikan info ni. tak susah pun. aku tak forward guna email. just direct masuk blog terus. hee... orang nak baca ke tak terserah pada diri sndiri.  apa yg penting maklumat sudah disampaikan scra umum. Insya-Allah, sama-samalah kita amalkannya. selamat!!! Chaiyok3!!! :)

20110116

Motivational Of Life

The most difficult person to FACE in life is yourself.
A GRATEFUL heart is the cure for loneliness.
Do not judge the FUTURE by the past.
Never stop reaching for the GOAL in front.
Hold on to your BELIEF, then you will overcome difficulties.
TRIVIALITIES can accumulate to an important episode.
Kind DEEDS can bring good returns.
DREAM is our motivation in life.
WISDOM is to understand that the world is ever-changing.
SINCERITY is a natural spring of water.
Danger brings us TRUE friends.
SMILE is the first step of a new life.
So, go on with your life with a new spirit.
Everyday is a new day.




Terbaca di artikel iluvislam.com. Suka mkne disebalik ayat2 ni... Leh jd motivaasi diriku agar lbh maju kelak. :)

20110111

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan dan kepercayaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat bakti
Kepada yang muda - Teladan terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan dan keseronokan
Kepada Tuhan - ??? fikir2kanlah...

20110110

Nafas Diriku

Sebenarnya serapat mana pun seseorang dengan aku masih banyak yang mereka tak perasan siapa aku dan masih banyak yang aku diamkan tentang diri aku. Cuma sekiranya mereka benar-benar mahu tahu tentang aku maka aku bukakan ruang dan peluang agar mereka selamii diriku.

Sejauh mana mereka cuba ceritakan tentang aku ataupun sedalam mana mereka cuba berikan persepsi tentang aku, itu aku anggap sebagai satu bonus kerana masih ada yang kisahkan diriku dan juga masih ada mata tertumpu untuk menatapku dan menrimaku seadanya.

Aku bukanlah kaya seperti yang disangka-sangkakan, hanya dilahirkan sebagai seorang yang biasa-biasa dalam sebuah keluarga yang sederhana. Cukup diberikan segalanya yang aku mahukan.bukan bermakna aku mendapat apa sahaja yang diminta tetapi apa yang aku dapat sehingga hari ini sudah memberi aku kepuasan.

Sedang belajar dan terus belajar tentang asam garam kehidupan yang semakin mencabar. Walaupun banyak kali aku jatuh dalam perjalanan itu namun berputus asa bukan satu jalan yang aku kira terbaik, tetapi aku perlu khabarkan aku bukan manusia lemah yang hanya berserah pada keadaan. Aku perlu menjadi seorang yang tabah dan sabar menempuh dugaan hidup ini.

Walaupun sehingga hari ini masih banyak tentang mereka di sekeliling aku yang perlu aku perhatikan yang mana perlu untuk aku fahami malah perlu untuk aku pedulikan namun adakalanya sikap aku yang kadang-kadang seperti tidak kisahkan, luar happy dalam moody itu sebenarnya wujud rasa ingin berkongsi. Jikalau mahu sinilah dakapku dgn hati terbuka.