Loyal Followers

20110110

Nafas Diriku

Sebenarnya serapat mana pun seseorang dengan aku masih banyak yang mereka tak perasan siapa aku dan masih banyak yang aku diamkan tentang diri aku. Cuma sekiranya mereka benar-benar mahu tahu tentang aku maka aku bukakan ruang dan peluang agar mereka selamii diriku.

Sejauh mana mereka cuba ceritakan tentang aku ataupun sedalam mana mereka cuba berikan persepsi tentang aku, itu aku anggap sebagai satu bonus kerana masih ada yang kisahkan diriku dan juga masih ada mata tertumpu untuk menatapku dan menrimaku seadanya.

Aku bukanlah kaya seperti yang disangka-sangkakan, hanya dilahirkan sebagai seorang yang biasa-biasa dalam sebuah keluarga yang sederhana. Cukup diberikan segalanya yang aku mahukan.bukan bermakna aku mendapat apa sahaja yang diminta tetapi apa yang aku dapat sehingga hari ini sudah memberi aku kepuasan.

Sedang belajar dan terus belajar tentang asam garam kehidupan yang semakin mencabar. Walaupun banyak kali aku jatuh dalam perjalanan itu namun berputus asa bukan satu jalan yang aku kira terbaik, tetapi aku perlu khabarkan aku bukan manusia lemah yang hanya berserah pada keadaan. Aku perlu menjadi seorang yang tabah dan sabar menempuh dugaan hidup ini.

Walaupun sehingga hari ini masih banyak tentang mereka di sekeliling aku yang perlu aku perhatikan yang mana perlu untuk aku fahami malah perlu untuk aku pedulikan namun adakalanya sikap aku yang kadang-kadang seperti tidak kisahkan, luar happy dalam moody itu sebenarnya wujud rasa ingin berkongsi. Jikalau mahu sinilah dakapku dgn hati terbuka.

No comments:

Post a Comment